Kredit Gambar : www.google.com dan http://cameronservice.blogspot.com
Mossy mountain terletak di Gunung Brinchang, jalan masuk ke hutan ini adalah sama dengan jalan ke Ladang Teh Sungai Palas, Cameron Highland. Kami belok ke kiri di persimpangan antara ke Kilang Teh dan ke Menara Tinjau Gunung Brinchang.
Hutan ini sungguh unik kerana ia dilitupi dengan lumut-lumut yang sudah berusia ratusan tahun. Kedudukan 2,032 meter dari paras laut.
Daun-daun yang terperangkap berserta lumut-lumut di antara dahan-dahan cukup tebal dan kuat untuk membolehkan kita berjalan-jalan di atas dan di antara pokok-pokok.