Skip Ribbon Commands Skip to main content
  Pilihan Bahasa :    
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks   Portal Asal Tema Biru Tema Hijau Teks Biru Teks Hijau Teks Merah Tukar Kontras ke Cerah Tukar Kontras ke Asal Tukar Kontras ke Gelap    Tanda Halaman Ini Ikuti Kami Di Facebook Ikuti Kami Di Twitter Ikuti Kami Di Flickr
Carian :

Hutan Simpan Maliau Basin

 Dengar Teks

Maliau Basin atau juga dikenali sebagai Kawasan Konservasi Maliau Basin merupakan satu kawasan di dalam negeri Sabah yang mewakili kawasan tadahan geologikal mengelilingi Sungai Maliau. Terletak di tengah selatan negeri Sabah, bahagian Tawau ia dijadikan kawasan konservasi oleh Yayasan Sabah pada tahun 1981. Kemudian pada tahun 1997, Jemaah Menteri Negeri Sabah menggazetkan lembah sungai ini sebagai Protection Forest Reserve (Class 1) dengan keluasan 588 kilometer persegi. Kawasan yang juga mempunyai Gunung Lotung (1667 meter), Air Terjun Maliau dan Tasik Linumunsut sedang dalam usaha untuk dicalonkan sebagai World Heritage Site. 
 
Info Pelawat : 
 
Aktiviti
• Merentas hutan
• Meninjau burung
• Pemanduan malam untuk melihat kawasan tertentu hidupan liar
• Berenang dan riadah di air terjun
 
Penginapan
 
Bentuk penginapan di sini adalah tapak perkhemahan. Kemudahan bagi air dan mandi boleh di dapati dari anak sungai dan sungai yang berhampiran. 
  
Pautan Berkaitan :

Laman Web Pelancongan Negeri Sabah
​​