Malaysia adalah komited kepada pelaksanaan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB). Malaysia memberikan penekanan seimbang dalam aspek pembangunan sosio-ekonomi dan pemeliharaan sumber aslinya sebagaimana yang termaktub di dalam objektif Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) iaitu untuk:
i. Memelihara dan mengurus hutan negara berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan secara berkekalan; dan
ii. Melindungi alam sekitar dan memelihara kepelbagaian hayat, sumber-sumber genetik serta meningkatkan
penyelidikandan pendidikan.
Bagi memastikan bekalan kayu kayan negara mencukupi, kawalan ke atas hasil hutan dilaksanakan dengan berpandukan kepada Rancangan Pengurusan Hutan. Catuan Tebangan Tahunan (CTT) tutur dilaksanakan bertujuan untuk mengimbangi jumlah pengeluaran dan penghasilan kayu dengan keupayaan dan keluasan kawasan hutan pengeluaran dalam Hutan Simpanan Kekal. Pematuhan CTT di negeri-negeri dilaporkan kepada Majlis Tanah Negara yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.