Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Sign In
Access denied. You do not have permission to perform this action or access this resource.
Home
  
  
  
Category
  
  
  
Soalan
Undang-undang berkaitan penggunaan rizab sungai untuk tujuan pembangunan 1406/12/2011Dewan Rakyat12Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:-

Undang-undang berkaitan penggunaan rizab sungai untuk tujuan pembangunan, sebagai contoh berapa peratus dari tanah rizab Sungai Ampang yang telah digunakan untuk membina Ampang Waterfront.
Langkah-langkah bagi memastikan pencemaran alam sekitar dapat diminimumkan akibat pembangunan industri petrokimia di Tanjong Piai1110/11/2011Dewan Rakyat12Barisan Nasional
Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah yang dijalankan oleh Kerajaan untuk memastikan tiada pencemaran alam sekitar akan berlaku akibat daripada projek Petrokimia di kawasan Tanjong Piai
Status pelepasan gas rumah hijau negara dan penglibatan pihak swasta dalam membantu melaksanakan dasar ini910/11/2011Dewan Rakyat12Barisan Nasional
Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status pelepasan gas rumah hijau negara dan sejauh manakah penglibatan pihak swasta dalam membantu melaksanakan dasar ini
Kerajaan akan memulakan kerja-kerja "dredging" muara dan sepanjang Sungai Limbang dengan menggunakan peruntukan sedia ada2503/11/2011Dewan Rakyat12Barisan Nasional
Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kerajaan akan memulakan kerja-kerja "dredging" muara dan sepanjang Sungai Limbang yang semakin cetek dan boleh menyebabkan pekan Limbang banjir apabila hujan dan air pasang bertembung sedangkan peruntukan telahpun diluluskan
Pihak Kementerian mempunyai peruntukan untuk membina benteng pemecah ombak bagi mengelak Pantai Bakam semakin terhakis1503/11/2011Dewan Rakyat12Barisan Nasional
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada pihak Kementerian mempunyai peruntukan untuk membina benteng pemecah ombak bagi mengelak Pantai Bakam semakin terhakis
Langkah-langkah drastik untuk mengawal isu pencemaran sungai dan kawasan tadahan air yang lain 903/11/201112Barisan Nasional
Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah drastik untuk mengawal isu pencemaran sungai dan kawasan tadahan air yang lain dan adakah peruntukan undang-undang yang sedia ada mencukupi bagi menghukum pesalah alam sekitar kerana kesan pencemaran sungai memberi kesan yang dahsyat kepada ekologi alam sekitar dan juga manusia
Adakah Kementerian mempunyai perancangan khusus bagi membantu negeri Perlis dalam projek pemuliharaan, pembangunan dan pembersihan Sungai Perlis dalam bandar Kangar924/10/2011Dewan Rakyat12Barisan Nasional
Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [Kangar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan khusus bagi membantu negeri Perlis dalam projek pemuliharaan, pembangunan dan pembersihan Sungai Perlis dalam bandar Kangar bagi tujuan mewujudkan sebatang sungai yang bersih dan menarik sebagai tempat rekreasi penduduk tempatan serta tarikan pelancong ke negeri Perlis berulang
Langkah berjaga-jaga yang diambil bagi menjaga alam sekitar 3717/10/2011Dewan Rakyat12Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah berjaga-jaga yang diambil bagi menjaga alam sekitar khususnya pencemaran udara dalam menghadapi pertambahan mendadak kenderaan motor di jalan raya sekarang
Penyiasatan SUHAKAM terhadap 800 kes aduan Tanah Adat Natif (NCR) di Sabah dan tindakan yang akan diambil oleh Kementerian 2217/10/2011Dewan Rakyat12Bebas
Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a)    apakah keputusan penyiasatan SUHAKAM terhadap 800 kes aduan Tanah Adat Natif (NCR) di Sabah; dan

(b)   apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk melindungi kepentingan Hak-hak serta Tanah Adat Natif (NCR) di Sabah memandangkan ramai orang natif telah kehilangan tanah mereka kepada syarikat-syarikat besar
Malaysia sekali lagi menjadi pusat perdagangan (trafficking hub) untuk haiwan dan hidupan liar yang terancam (endangered species) 812/10/2011Dewan Rakyat12Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan baru-baru ini Malaysia sekali lagi menjadi pusat perdagangan (trafficking hub) untuk haiwan dan hidupan liar yang terancam (endangered species) termasuk penyeludupan gading gajah dari Afrika ke China melalui Malaysia. Apakah langkah-langkah atau tindakan Kementerian untuk mengatasi masalah ini.  
1 - 10Next
 

 PAUTAN BERKAITAN

 
 

 Arkib Tahun Semasa

 
 

 Arkib Mengikut Tahun