English  English Chinese

 

OBJEKTIF

Membantu pihak pengurusan atasan menentukan pengurusan kewangan dijalankan selaras dengan polisi, undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Menjalankan pemeriksaan terhadap sistem kawalan dalaman dan operasi organisasi ke atas hasil, perbelanjaan dan aset Kerajaan.
Menentukan sejauh mana program dan aktiviti organisasi diuruskan dengan cekap, ekonomi dan berkesan.
Menyediakan laporan audit yang bebas, adil dan bertepatan dengan masa terhadap operasi organisasi kepada Ketua Setiausaha Kementerian.


FUNGSI

Fungsi utama Unit Audit Dalam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar adalah:-

Menentukan operasi kewangan Kementerian dan jabatan/agensi di bawah kawalannya diurus dan ditadbir dengan teratur serta memastikan dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dipatuhi.
Menentukan kewujudan kawalan dalaman, kesempurnaan sistem dan rekod-rekod yang diselenggara termasuk sistem teknologi maklumat.
Mengkaji dan menilai secara teratur dan sistematik terhadap operasi Kementerian dari segi ekonomi, kecekapan dan keberkesanan.
Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan operasi Kementerian dan jabatan/agensi di bawah kawalannya.
Melapor kepada Ketua Setiausaha Kementerian hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap pekara yang dibangkitkan.
Memberi maklumat kepada Bahagian Perancangan Kewangan Strategik, Perbendaharaan Malaysia apabila perlu bagi membantu, mengulang kaji dan menilai dasar kewangan, prosedur, sistem serta skop Unit Audit Dalam.
Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam. 
Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).


NORMA KERJA

Kami berikrar akan melaksanakan perkara-perkara seperti berikut bagi mempertingkatkan akauntabiliti di kalangan pegawai dan warga NRE / Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar :

  •  
Pemerhatian Audit Pengurusan Kewangan serta Audit Susulan disediakan dan dihantar kepada auditi dalam masa 10 hingga 20 hari daripada tarikh selesai pengauditan.
  •  
Laporan bagi pengauditan Prestasi perlu siap dan dikemukakan kepada pihak yang terlibat dalam masa 30 hari daripada tarikh selesai kajian.
  •  
Maklum balas dari pihak Auditee perlu dijawab dalam tempoh 14 hari mulai tarikh laporan di keluarkan.
  •  
Laporan tahunan perlu dikemukakan kepada pihak pengurusan sebelum 28 Feb. setiap tahun.
  •  
Khidmat nasihat kewangan secara bertulis perlu diselesaikan dalam masa 14 hari bekerja.

 

CARTA ORGANISASI

Klik di sini untuk lihat carta

 


           
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer versi 7 dan keatas serta resolusi monitor 1024 x 768
© Hak Cipta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 2009. Hak Cipta Terpelihara.