OBJEKTIF
|
|
Memastikan pelaksanaan pentadbiran tanah serta perkhidmatan ukur dan pemetaan adalah menepati dasar Kerajaan. |
|
|
Menjadikan Majlis Tanah Negara sebagai satu forum yang berkesan dalam memastikan keseragaman dan kemantapan pentadbiran tanah negara. |
FUNGSI
|
|
Menggubal/menyelaras penggubalan/pindaan dasar/undang-undang/ peraturan berkaitan tanah, ukur dan pemetaan |
|
|
Mengawal selia/memantau pelaksanaan dasar/undang-undang/ peraturan dan keputusan-keputusan Kerajaan mengenai tanah, ukur dan pemetaan. |
|
|
Membantu anggota pentadbiran dalam melaksanakan kuasa-kuasa dan fungsi di bawah undang-undang/peraturan berkaitan tanah, ukur dan pemetaan. |
|
|
Menyelaras tindakan-tindakan susulan ke atas arahan Kabinet/ isu-isu berbangkit mengenai tanah, ukur dan pemetaan di kalangan Jabatan/Agensi Kementerian. |
|
|
Mengurus setia/menyelaras pengurusan mesyuarat-mesyuarat persempadanan antarabangsa Malaysia dan antara negeri-negeri. |
|
|
Mengurus setia Majlis Tanah Negara (MTN). |

PIAGAM PELANGGAN
Bahagian ini adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, cepat, tepat dan berkesan. Kami akan memastikan bahawa:
|
|
Draf Kertas Jemaah Menteri yang disemak / diselaraskan bagi tujuan edaran disiapkan mengikut Arahan Setiausaha Jemaah Menteri Bil. 1/2000 dalam tempoh satu (1) minggu. |
|
|
Draf Kertas Jemaah Menteri yang disediakan bagi tujuan edaran disiapkan mengikut Arahan Setiausaha Jemaah Menteri Bil.1/2000 dalam tempoh dua (2) minggu. |
|
|
Kertas Jemaah Menteri dikemukakan kepada Urus Setia Jemaah Menteri dalam tempoh satu (1) minggu selepas semua ulasan diterima. |
|
|
Maklum balas / Laporan pelaksanaan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri dikemukakan kepada Bahagian Perancangan Korporat dalam tempoh dua (2) minggu. |
|
|
Ulasan ke atas Kertas Jemaah Menteri Kementerian lain disediakan dalam tempoh satu (1) minggu. |
|
|
Kertas-kertas kerja dan kertas-kertas dasar disiapkan dalam tempoh satu (1) bulan. |
|
|
Draf laporan awal kajian dalaman disiapkan dalam tempoh dua (2) bulan selepas tamat kajian bergantung kepada skop kajian. Laporan akhir dikemukakan untuk pertimbangan pihak pengurusan dalam tempoh satu (1) bulan selepas laporan awal dipersetujui. |
|
|
Notis dan kertas-kertas mesyuarat disampaikan kepada ahli-ahli mesyuarat selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. |

CARTA ORGANISASI
Klik di sini untuk lihat carta