English  Chinese

 


OBJEKTIF

Mewujudkan satu kerangka dasar yang menyeluruh bagi memastikan alam sekitar yang sihat, bersih, selamat dan produktif bagi mencapai pembangunan lestari. Bahagian ini juga bertanggungjawab memastikan kepentingan negara dalam isu-isu alam sekitar serantau dan sejagat dilindungi.

 

FUNGSI

Merancang, merumus dan menyelaraskan perlaksanaan dasar, strategi dan program alam sekitar.
Menyelaraskan perlaksanaan Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala (Multilateral Environmental Agreements, MEAs).
Memantau program dan aktiviti alam sekitar.
Mempertingkatkan dan mempromosikan pengetahuan alam sekitar dan penglibatan umum mengenai alam sekitar.

PIAGAM PELANGGAN

Menyediakan Nota Kabinet dalam tempoh dua (2) minggu.
Menyediakan Memorandum Jemaah Menteri termasuk mendapatkan ulasan daripada agensi yang berkaitan dalam tempoh empat (4) minggu.
Menyediakan ulasan Memorandum Jemaah Menteri kepada agensi dari luar kementerian dalam tempoh dua (2) minggu.
Menyediakan Nota Ikhtisar dalam tempoh dua (2) minggu.
Menyediakan Ucapan Menteri dalam tempoh dua (2) minggu.
Menyediakan kertas pendirian negara bagi persidangan antarabangsa dalam masa satu (1) bulan sebelum tarikh persidangan.

CARTA ORGANISASI

Klik di sini untuk lihat carta

 


           
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer versi 7 dan keatas serta resolusi monitor 1024 x 768
© Hak Cipta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 2009. Hak Cipta Terpelihara.