English  Chinese

 

OBJEKTIF

  •  
Memastikan penyediaan perancangan projek-projek pembangunan Kementerian di bawah Rancangan Lima Tahun dan Bajet Tahunan dilaksanakan dengan cekap dan sejajar dengan dasar Kerajaan.
Memastikan pemantauan dan penilaian yang konsisten dilakukan terhadap pelaksanaan projek pembangunan sama ada dari segi kemajuan kewangan dan fizikal.
Memastikan Sistem Pemantauan Projek (SPP II) digunakan sepenuhnya sebagai satu kaedah untuk perancangan, pemantauan dan penilaian projek-projek pembangunan.


FUNGSI

1.

Merancang pembangunan/projek NRE
a) Merancang dan meyelaras penyediaan Rancangan Lima Tahun (RMLT)
b) Merancang dan meyelaras penyediaan Kajian Separuh Penggal
c) Merancang peruntukan tahunan projek pembangunan dan menyediakan Anggaran Belanjawan Pembangunan
d) Menguruskan permohonan peruntukan tambahan dan pertambahan skop

2.

Membuat pemantauan ke atas projek-projek pembangunan NRE
a) Menjadi urusetia mesyuarat pemantauan projek
b) Mengadakan lawatan ke tapak-tapak projek
c) Menyelaras dan memantau SPP II
d) Menyediakan laporan prestasi fizikal dan kewangan projek

3.

Membuat penilaian ke atas projek pembangunan
a) Mengumpul data projek untuk penilaian
b) Menyelaras laporan impak/’outcome’ projek
c) Menyelaras bengkel pengurusan dan penilaian projek

4.

Menguruskan perolehan dan inventori tanah bagi projek pembangunan Kementerian

5. Menguruskan aspek kewangan program dan projek pembangunan Kementerian.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji akan:

Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian serta Mesyuarat-mesyuarat Pemantauan Projek-projek Pembangunan sekurang-kurangnya enam (6) kali setahun;
Memastikan Laporan Fizikal dan Kewangan Projek Pembangunan Rancangan Malaysia bagi NRE dibekalkan kepada Agensi Pusat adalah tepat dalam tempoh tujuh hari bekerja;
Memastikan permohonan yang berkaitan dengan pelaksanaan projek pembangunan seperti pindah peruntukan, pindah siling, perubahan skop dan sebagainya diproses dalam tempoh 3 hari bekerja (tertakhluk pada maklumat permohonan yang lengkap dan teratur);
Memastikan maklumat-maklumat mengenai status kemajuan projek pembangunan dalam SPP II mencapai 100% tahap mengemaskinian.

CARTA ORGANISASI

Klik di sini untuk lihat carta

 


           
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer versi 7 dan keatas serta resolusi monitor 1024 x 768
© Hak Cipta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 2009. Hak Cipta Terpelihara.