English  Chinese




OBJEKTIF

Untuk memastikan kemajuan dalam sektor perhutanan dan kawasan hutan dipelihara serta dibangunkan bagi mencapai objektif pengurusan hutan secara berkekalan dan memelihara kestabilan alam sekitar.

FUNGSI

Menentukan pengurusan hutan secara berkekalan bagi memastikan bekalan sumber kayu-kayan mencukupi untuk keperluan dan kestabilan alam sekitar terpelihara.
Meningkatkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan perhutanan dan keluaran hutan supaya keluaran hutan dapat digunakan secara optimum dan dipelbagaikan kegunaannya.
Meningkatkan prestasi pengurusan hutan berdasarkan kriteria dan petunjuk Malaysia atau MC&I selaras dengan strategi dan dasar negara.
Mengekalkan dan menambahkan peranan sektor ini selaras dengan objektif penghijauan negara dan alam sejagat sebagaimana persetujuan dalam forum-forum antarabangsa.



PIAGAM PELANGGAN

Bahagian Pembangunan Perhutanan (BPP) akan memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap dan tepat. Piagam Pelanggan Bahagian Pembangunan Perhutanan adalah seperti berikut:-

Pengurusan Hutan Secara Lestari

Menyediakan dasar dan peraturan yang pragmatik, liberal dan seimbang bagi mewujudkan persekitaran terbaik ke arah mencapai pengurusan dan pembangunan lestari sektor perhutanan negara.
Menilai dasar dan mengkaji peraturan berhubung perhutanan setiap enam (6) bulan bagi mewujudkan suasana persekitaran ke arah mencapai pengurusan dan pembangunan lestari sektor perhutanan negara.

Agensi Perhutanan

Memberi panduan dan arahan yang jelas dan praktikal mengenai perlaksanaan dasar dan strategi pengurusan sektor perhutanan kepada JPSM dan FRIM.

Penyelidikan dan Pembangunan

Menilai pencapaian dasar dan strategi R&D dengan tumpuan kepada bidang baru terutamanya sektor hiliran.

Perhubungan/Pertubuhan Antarabangsa

Penyertaan di forum/persidangan/pertubuhan antarabangsa.
Menguruskan persediaan persidangan dalam masa satu (1) minggu.
Menyediakan laporan selepas penyertaan dalam masa dua (2) minggu.
Merangka program susulan dalam masa satu (1) bulan.

Persediaan Mesyuarat Dalam Negara

Menyediakan Nota Jemaah Menteri untuk pengurusan atasan dalam tempoh dua (2) minggu.
Menyediakan ulasan Memorandum Jemaah Menteri kepada agensi dari luar Kementerian dalam tempoh satu (1) minggu.
Menyediakan kertas dasar dalam tempoh satu (1) bulan.
Menyediakan Laporan Maklum Balas kabinet dalam masa dua (2) minggu.

 

CARTA ORGANISASI

Klik di sini untuk lihat carta

 


           
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer versi 7 dan keatas serta resolusi monitor 1024 x 768
© Hak Cipta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 2009. Hak Cipta Terpelihara.