OBJEKTIF
|
|
Merancang dan menetapkan dasar serta hala tuju pembangunan dan kemajuan sektor mineral dan geosains negara. |
|
|
Memastikan dasar dan perundangan mengenai pembangunan mineral dan geosains sentiasa relevan dan menyumbang kepada perkembangan industri dan ekonomi negara serta dilaksanakan secara mesra alam. |
FUNGSI
|
|
Mengkaji dan menggubal dasar, perundangan, peraturan dan program bagi pembangunan sektor mineral dan geosains. |
|
|
Merancang, mengkaji dan menetapkan hala tuju dan menyediakan pelan strategik jangka pendek dan jangka panjang bagi sektor mineral dan geosains. |
|
|
Mengumpul dan menyebarkan data dan maklumat berkaitan mineral dan geosains bagi perancangan dan pembangunan sektor berkenaan. |
|
|
Memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dasar, program, perundangan, peraturan dan perkhidmatan serta melakukan penambahbaikan secara berterusan berkaitan pengurusan sumber mineral dan geosains. |
|
|
Menjalin hubungan pelbagai/dua hala serta menjaga kepentingan negara dalam bidang mineral dan geosains di arena antarabangsa. |
|
|
Menjalankan aktiviti pengurusan dan kewangan bagi menyokong pencapaian fungsi-fungsi Bahagian. |

PIAGAM PELANGGAN
Bahawa dengan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki serta nilai-nilai murni yang diamalkan, kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan melalui komitmen-komitmen berikut:-
|
|
Menyediakan Kertas Jemaah Menteri untuk kelulusan pengurusan tertinggi Kementerian dalam tempoh dua (2) minggu; |
|
|
Menyediakan maklum balas mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan pengurusan tertinggi Kementerian dalam masa tiga (3) hari; |
|
|
Menyemak dan mengemukakan Kertas Kabinet daripada JMG dibawa untuk kelulusan mesyuarat One Stop Centre (OSC) dalam tempoh tiga (3) hari; |
|
|
Menyediakan kertas kerja mengenai isu-isu dasar sektor mineral dan geosains dalam masa dua (2) minggu; |
|
|
Menyediakan laporan-laporan khusus mengenai perkara-perkara tertentu dalam sektor mineral dan geosains dalam tempoh lima (5) hari; |
|
|
Menyediakan ulasan, input atau maklum balas memorandum/ nota ikhtisar/ kertas Jemaah Menteri mengenai isu-isu dasar sektor mineral dan geosains yang dipohon oleh Kementerian-kementerian lain dan badan antarabangsa dalam masa tiga (3) hari; |
|
|
Mengeluarkan permit eksport (AP) selepas lima (5) hari permohonan lengkap diterima; |
|
|
Menyediakan draf jawapan pertanyaan lisan / bukan lisan Dewan Rakyat/ Dewan Negara untuk tindakan Bahagian Perancangan Korporat dalam masa tiga (3) hari; |
|
|
Menyediakan ulasan permohonan melaksanakan aktiviti oleh JMG untuk kelulusan Kementerian dan mengemukakan untuk ulasan lain-lain Bahagian yang berkenaan di Kementerian dalam masa dua (2) hari; dan |
|
|
Menyediakan minit mesyuarat dalam masa tiga (3) hari selepas sesuatu mesyuarat. |
|
|

CARTA ORGANISASI
Klik di sini untuk lihat carta