English  Chinese
 


SEJARAH KEMENTERIAN


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ditubuhkan berikutan pengumuman pembentukan Kabinet baru oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 27 Mac 2004.

Bidang tanggungjawab NRE adalah hasil penggabungan jabatan-jabatan daripada 4 Kementerian iaitu : 

   Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi 
   Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar 
   Kementerian Perusahaan Utama dan 
   Kementerian Pertanian

Jabatan-jabatan tersebut adalah seperti berikut :

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dari Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dari Kementerian Perusahaan Utama
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dari Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dari Kementerian Pertanian

Bidang utama NRE adalah sebagaimana yang berikut : 

   Pengurusan sumber asli  
      a. Pengurusan hutan  
      b. Pengurusan saliran dan pengairan  
      c. Pengurusan hidupan liar  
      d. Pengurusan mineral 

   Pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar dan kawasan perlindungan 
      a. Pemuliharaan alam sekitar 
      b. Pengurusan taman laut 

   Pengurusan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan 
      a. Pengurusan dan pentadbiran tanah 
      b. Pengukuran tanah 
      c. Prosesan Pemetaan

 

 

 


           
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer versi 7 dan keatas serta resolusi monitor 1024 x 768
© Hak Cipta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 2009. Hak Cipta Terpelihara.