English  Chinese

 


OBJEKTIF KEMENTERIAN



Objektif 1

Memastikan sumber asli dan alam sekitar diurus secara seimbang bagi menjamin pembangunan lestari.

Strategi
Penyediaan inventori sumber, perancangan pembangunan sumber dan pelan pemuliharaan.
  Peningkatan pengetahuan saintifik, pengukuhan mekanisme pentadbiran dan institusi.

Pelan Tindakan
  Menyedia inventori sumber melalui pangkalan data yang komprehensif dan tepat pada waktunya.
  Menyedia pelan pembangunan dan pengurusan sumber termasuk aspek pemuliharaan yang lengkap.
  Menggubal dan mengemaskini dasar/undang-undang bagi penggunaan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar secara lestari.
  Menyelaras dan memantau program antara kementerian dan agensi serta kerjasama agensi persekutuan, negeri dan antarabangsa termasuk pelaksanaan keputusan Majlis-Majlis di bawah kementerian.
  Menyelaras dan memantau secara berkesan penggunaan dan pengurusan sumber asli dan alam sekitar.
  Membangunkan institusi relevan di peringkat yang bersesuaian.
  Mengurusetia Majlis-majlis dan Jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan berkaitan sumber asli dan alam sekitar.


Objektif 2

Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan sumber asli dan alam sekitar yang cekap dan berkesan

Strategi

  Mempertingkat kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja.
  Menyediakan mekanisme dan sistem penyebaran maklumat yang cekap.

Pelan Tindakan
  Merancang, menyelaras dan memantau serta meningkat keupayaan sumber manusia.
  Mengujudkan infrastruktur bagi perkongsian, pertukaran dan penyebaran maklumat.


Objektif 3

Memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan dengan cekap dan berkesan.

Strategi

  Kawalan peruntukan dan pengurusan kewangan.
  Menentukan keutamaan projek-projek.

Pelan Tindakan
  Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek mengikut prosedur dan peraturan sedia ada (contoh : SPP II).
  Menyelaras dan memantau supaya mematuhi kehendak Rangka Rancangan Jangka Panjang III (RRJP III).


Objektif 4
Menjadikan latihan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai pemangkin terokaan inovatif dalam pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.

Strategi

  Memperkukuhkan dan meningkatkan kepakaran sumber manusia.
  Merancang dan memantau bidang-bidang penyelidikan & pembangunan serta Aplikasi & Perdagangan.

Pelan Tindakan
  Menyelaras program-program latihan bersesuaian dengan keperluan semasa.
  Memudahcara di dalam mengenal pasti bidang-bidang keutamaan penyelidikan dan keperluan teknologi.
  Mempromosi kerjasama dan perkongsian bistari antara institusi R&D dan industri tempatan dan antarabangsa.
  Memudahcara penubuhan pusat-pusat kecemerlangan yang standing dengan institusi R&D antarabangsa.


Objektif 5
Memastikan alam sekitar yang sentiasa bersih, selamat, sihat serta produktif dan tidak dicemari.

Strategi 
   Penerapan nilai-nilai murni pengurusan alam sekitar dalam pembangunan Negara.
   Penambahanbaikan sumber air, tanah-tanih, hutan, marin dan udara.
Mewujudkan langkah-langkah kawalan.

Pelan Tindakan

  Menyelaraskan memantau program-program dan aktiviti kesedaran alam sekitar sebagai langkah pencegahan.
  Menyelaras dan memantau keberkesanan program dan aktiviti penambahbaikan.
  Menyediakan peraturan, garis panduan dan kod amalan untuk mengawal pencemaran.

 

 


           
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer versi 7 dan keatas serta resolusi monitor 1024 x 768
© Hak Cipta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 2009. Hak Cipta Terpelihara.