English  English Chinese

 

 

FUNGSI KEMENTERIAN  

Fungsi

  Menggubal dasar, perundangan, peraturan dan garis panduan berkaitan pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
  Memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dasar, perundangan, peraturan, garis panduan dan perkhidmatan serta melakukan penambahbaikan secara berterusan berkaitan pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
  Mengurus program latihan dan pembangunan sumber manusia bagi melahirkan warga kerja yang kompeten dan anggota masyarakat yang berpengetahuan.
  Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang mencukupi bagi memperkasa jabatan dan agensi.
  Merangsang usaha-usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berkaitan pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar bagi meningkat nilai tambah pembangunan negara.
  Menentu dan menyelenggara urusan persempadanan bagi menjamin kepentingan, kedaulatan dan keselamatan negara.
  Menerajui pewujudan dan pengurusan maklumat geospatial dan aspatial negara.
  Memastikan perancangan dan pembangunan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar secara bersepadu.
  Menyelaras, mengawasi dan menguatkuasakan undang-undang mengenai sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
  Bertindak sebagai focal point bagi perjanjian pelbagai hala mengenai sumber asli dan alam sekitar.
  Mempertahankan kepentingan negara dalam rundingan-rundingan peringkat serantau dan antarabangsa mengenai sumber asli dan alam sekitar.
  Meningkat kesedaran dan sokongan awam mengenai kepentingan keseimbangan penggunaan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
  Mewujudkan rangkaian kerjasama di kalangan pihak berkepentingan dalam pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
  Menentukan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan berkaitan pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.


Strategi

  Pembangunan yang seimbang antara penerokaan dan pemuliharaan sumber asli.
  Keutamaan dalam tindakan.
  Penerokaan peluang-peluang baru yang dapat menyumbang kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara.
  Memastikan nilai tambah dalam hasil tindakan dan produk urusan.
  Penggubalan dan semakan dasar dan perundangan.
  Memupuk kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain diperingkat persekutuan dan negeri.
  Memupuk kerjasama dengan pihak swasta termasuk NGOs.
  Memupuk kesedaran dikalangan awam terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli.
  Perbelanjaan secara berhemah.
  Tindakan bersepadu.
  Penambahbaikan berterusan dalam keupayaan tenaga kerja NRE.
  Penambahbaikan berterusan dalam proses, cara dan budaya kerja.
  Menambahbaik keperluan sumber termasuk infrastruktur fizikal dan bukan fizikal.

 


           
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer versi 7 dan keatas serta resolusi monitor 1024 x 768
© Hak Cipta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 2009. Hak Cipta Terpelihara.