Tuan/puan amat dialu-alukan menggunakan perkhidmatan ini jika mempunyai sebarang aduan/maklumat integriti mengenai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) serta jabatan/agensi di bawah NRE seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, kelemahan sistem dan tatacara kerja dan salah laku. Aduan anda akan membantu untuk meningkatkan profesionalisme, kecekapan dan tadbir urus di Kementerian ini.​

NOTA: Maklumat peribadi dan aduan integriti yang anda laporkan akan dilindungi dan dirahsiakan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711). Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi :   

Nama ​ ​: Encik Nor Rasmi Bin Shari
​No. Telefon (Pejabat) ​: 03 - 8886 1712
​No. Telefon (HP) ​: 019 - 5114535

 

DISCLAIMER : Ruangan yang bertanda ( * ) adalah mandatori bagi tujuan memgemukakan aduan/maklum balas.

SEKTOR KESALAHAN PERATURAN KETERANGAN
RasuahAkta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) (Akta SPRM 2009)Perbuatan memberi, meminta dan menerima suapan (wang, derma, hadiah, pinjaman, seks, fi, diskaun, rebat, komisen, bonus, barang berharga, aset dan sebagainya) atau mengemukakan dan/atau memperakukan tuntutan perbelanjaan palsu.( Sek. 17 dan 18 Akta SPRM 2009)
PenyelewenganKanun KeseksaanPerbuatan memalsukan dokumen/maklumat, pecah amanah jenayah, menipu, menyamar dan bersubahat melakukan kesalahan di atas. (Sek. 109, 165, 168, 405, 409, 420, 468 Kanun Keseksaan)
Salah guna kuasaAkta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)Menggunakan pangkat, kedudukan, jawatan dimana dia mendapat faedah yang melibatkan diri sendiri dan ahli keluarganya.(Sek. 23 Akta SPRM 2009)
Kelemahan sistem dan tatacara kerjaAkta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)Perbuatan melambat-lambatkan proses permohonan permit/lesen, tuntutan bayaran kerja dan perkhidmatan, pengurusan fail dan rekod yang lemah, kelambatan mengambil tindakan awal keatas aduan-aduan awam dan lain-lain. [Sek.7 (c), (d) dan (e) Akta SPRM 2009]
Salah lakuPeraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib ) 1993Perbuatan tidak beretika, tidak berdisiplin, berniaga tanpa kebenaran, pakaian tidak senonoh, dadah, gangguan seksual, menyenggara kehidupan melebihi emolumen, keberhutangan serius, ponteng kerja dan sebagainya.(Perkara 4-23)